3,304,782 views • 17:08

70 ribu tahun dahulu, nenek moyang kita ialah binatang yang tak ketara Perkara yang paling penting tentang manusia prasejarah ialah mereka tidak penting. Impak mereka pada dunia tidak lebih daripada obor-obor atau kelip-kelip atau burung belatuk. Kini, sebagai contrast, kita menguasai planet ini. Dan soalannya ialah: Bagaimana kita sampai sini dari sana? Bagaimana kita tukar kita dari beruk yang tidak ketara, menjaga bisnes sendiri di satu sudut Africa, menjadi pemerintah di Bumi ini?

Biasanya, kita mencari bezaan kita dan binatang-binatang lain dari tahap individu. Kita ingin percaya — saya ingin percaya— saya ada sesuatu yang istimewa, tentang badan saya, tentang otak saya, yang menjadikan saya lebih unggul dari seekor anjing atau babi atau cimpanzi. Tapi kebenarannya ialah, pada tahap individu, saya ialah amat sama dengan seekor cimpanzi. Dan jika kamu meletakkan saya dengan seekor cimpanzi pada satu pulau sepi, kita perlu berjuang untuk terus hidup untuk melihat siapa hidup lebih baik, saya mesti bertaruh pada cimpanzi, dan bukan saya sendiri. Dan ini bukan satu masalah saya secara sendiri. Saya rasa jika mereka mengambil seorang daripada kamu dan meletakkan kamu seorang dengan seekor cimpanzi pada sebuah pulau, cimpanzi itu akan buat dengan lebih baik.

Perbezaan sebenar antara manusia dan binatang-binatang lain bukanlah pada tahap individu; ia adalah pada tahap kolektif. Manusia menguasai planet ini kerana mereka adalah satu-satu binatang yang boleh bekerjasama secara fleksibel dan dalam kumpulan besar. Memang ada binatang lain — seperti serangga sosial; lebah-lebah, semut-semut — yang boleh bekerjasama dalam kumpulan besar, tetapi tidak begitu fleksibel. Kerjasama mereka amat ketat. Pada dasarnya hanya satu cara sebuah sarang lebah boleh berfungsi. Dan jika ada peluang baru atau kebahayaan baru, lebah-lebah tidak dapat mereka sistem sosial baru semalaman. Mereka tidak boleh, sebagai contoh, menmbunuh ratu mereka dan munubuhkan sebuah republik lebah, atau pemerintahan diktator komunis lebah pekerja.

Binatang lain, seperti mamalia sosial — serigala, gajah, ikan lumba-lumba, cimpanzi — mereka boleh bekerja secara lebih fleksibel, tapi hanya boleh buat secara kumpulan kecil, kerana kerjasama antara cimpanzi adalah atas dasar pengetahuan yang mendalam antara satu sama lain. Saya seekor cimpanzi dan kamu seekor cimpanzi, dan saya ingin bekerjasama dengan kamu. Saya perlu mengetahui kamu secara peribadi. Kamu cimpanzi macam mana? Adakah kamu cimpanzi yang baik? Adakah kamu cimpanzi yang jahat? Adakah kamu boleh dipercayai? Jika saya tidak tahu kamu, macam mana saya kerjasama dengan kamu?

Satu-satu binatang yang boleh campurkan kedua-dua kemampuan itu dan bekerjasama secara fleksibel dan dalam kumpulan besar ialah kita, Homo sapiens. Satu lawan satu, ataupun 10 lawan 10, cimpanzi mungkin lebih baik daripada kita. Tapi kalau kamu menguji 1000 manusia dengan 1000 cimpanzi, manusia akan menang dengan mudah, kerana satu sebab mudah 1000 cimpanzi tidak dapat bekerjasama sama sekali. Dan jika kamu cuba mengasak 100,000 cimpanzi masuk Oxford Street, atau masuk Wembley Stadium, atau Dataran Tiananmen atau Vatican, kamu akan dapat huru-hara. Cuba bayangkan Wembley Stadium dengan 100,000 cimpanzi. Kegilaan.

Perbezaannya, manusia biasanya berkumpul di sana dalam kumpulan ribuan orang, dan apa yang kita dapat biasanya bukan huru-hara. Apa yang kita dapat ialah rangkaian kerjasama yang amat canggih dan berkesan. Semua pencapaian besar manusia seluruh sejarah, sama ada pembinaan piramid, atau terbang ke bulan, bukan berdasarkan kemampuan individu, tetapi pada kemampuan untuk bekerjasama secara fleksibel dalam kumpulan besar.

Fikirkan tentang ceramah yang saya sedang buat sekarang: Saya berdiri di depan para hadirin kira-kira 300 hingga 400 orang, kebanyakan daripada kamu adalah orang yang tidak saya kenali. Begitu juga, saya tidak begitu kenali semua orang yang menganjurkan dan mengkerjakan acara ini. Saya tidak mengenali juruterbang dan anak-anak kapal terbang yang membawa saya ke sini semalam, ke London. Saya tidak mengenali orang yang mereka dan membuat mikrofon ini dan kamera-kamera yang sedang merekod apa yang saya cakap. Saya tidak mengenali orang yang menulis buku-buku dan artikel-artikel yang saya baca sebagai persediaan untuk ceramah ini. Dan saya pasti tidak kenali semua orang yang mungkin menonton ceramah ini melalui Internet, di Buenos Aires atau di New Delhi.

Namun begitu, walaupun kita tidak mengenali satu sama lain, kita boleh bekerjasama untuk mewujudkan pertukaran idea secara global ini. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dibuat oleh cimpanzi. Mereka sudah tentu berkomunikasi, tapi kamu tidak akan menangkap seekor cimpanzi pergi ke kumpulan cimpanzi lain untuk memberi ceramah tentang pisang atau gajah, atau apa-apa yang mungkin cimpanzi minati. Sudah tentu kerjasama bukannya sentiasa baik; perkara-perkara ngeri yang diperbuat oleh manusia seluruh sejarah — dan kita telah membuatkan perkara-perkara yang amat ngeri— perkara-perkara itu berdasarkan kerjasama skala besar juga. Penjara adalah satu sistem kerjasama; tempat sembelih adalah satu sistem kerjasama; kem tahanan adalah satu sistem kerjasama. Cimpanzi tiada tempat sembelih dan penjara dan kem tahanan.

Sekarang rasanya saya telah menyakinkan kamu bahawa kita menguasai dunia kerana dapat kerjasama secara fleksibel dalam kumpulan besar. Soalan seterusnya yang terus muncul dalam minda pendengar ingin tahu ialah: Bagaimana, sebenarnya, kita lakukannya? Apa yang membolehkan kita sahaja, daripada semua binatang, kerjasama seperti ini? Jawapannya ialah imaginasi kita. Kita boleh kerjasama secara fleksibel dengan orang tidak dikenali, kerana kita sahaja, daripada semua binatang pada planet ini, boleh membina dan mempercaya fiksyen, cerita fiksyen. Dan selagi semua orang percayai fiksyen yang sama, semua orang mematuhi dan mengikuti peraturan yang sama, norma yang sama, nilai-nilai yang sama.

Semua binatang lain menggunakan sistem komunikasi mereka untuk menerangkan realiti sahaja. Seekor cimpanzi mungkin kata, "Tengok! Ada seekor singa, mari kita larikan diri!" Atau, "Tengok! Sana ada sepohon pokok pisang! Mari kita dapatkan pisang!" Manusia, sebagai perbezaan, menggunakan bahasa bukan sahaja untuk menggambarkan realiti, tapi juga untuk membina realiti baru, realiti fiskyen. Seorang manusia mungkin kata, "Tengok! Ada seorang Tuhan di atas awan!" Dan jika kamu tidak buat apa yang saya suruh, apabila kamu mati, Tuhan akan hukumkan kamu dan hantar kamu ke neraka. Dan jika kamu semua percayai cerita yang saya reka ini, kamu akan mengikuti norma dan undang-undang dan nilai-nilai yang sama, dan kamu akan bekerjasama. Ini adalah sesuatu yang hanya dibuat oleh manusia. Kamu tidak akan dapat menyakinkan seekor cimpanzi untuk berikan kamu pisang dengan menjanjikan dia, " selepas kamu mati, kamu akan ke syurga cimpanzi" (Keketawaan) "dan kamu akan dapatkan pisang yang banyak bagi perbuatan baik kamu. Jadi bagilah saya pisang ini." Tiada cimpanzi yang akan percaya sebuah cerita macam ini. Hanya manusia yang percayakan cerita sebegini, itulah sebabnya kita menguasai dunia, manakala cimpanzi dikunci dalam zoo dan makmal penyelidikan.

Sekarang kamu mungkin akan rasa ia benar, dalam bidang agama, manusia kerjasama dengan percayai fiksyen sama. Berjuta-juta orang berkumpul untuk membina sebuah gereja atau sebuah masjid atau lawan dalam perang salib atau jihad, kerana percayai dalam cerita yang sama tentang Tuhan dan syurga dan neraka. Tetapi apa yang saya ingin menekankan ialah mekanisme yang sama sekali mendasari semua bentuk kerjasama manusia pada skala besar, bukan sahaja dalam bidang agama.

Sebagai contoh, bidang undang-undang, Kebanyakan sistem undang-undang dunia ini berdasarkan kepercayaan dalam hak manusia. Tetapi apa itu hak manusia? Hak manusia, seperti Tuhan dan syurga, adalah sebuah cerita yang kita cipta. Mereka bukan realiti objektif; mereka bukan sesuatu kesan biologi tentang homo sapiens. Ambil seorang manusia, menyembelih dia, lihat dalam, kamu akan mendapati hati, buah pinggang, neuron, hormon, DNA, tapi kamu tidak akan mencari hak. Kamu hanya akan dapat mencari hak dalam cerita-cerita yang telah kita cipta dan menyebarkan sejak beberapa abad dahulu. Mereka mungkin cerita yang amat positif, cerita yang amat baik, tetapi mereka masih cerita fiksyen yang kita cipta.

Sama juga dengan bidang politik. Faktor paling penting dalam politik moden ialah negeri-negeri dan negara. Tetapi apa itu negeri dan negara? Mereka bukan sesuatu realiti objektif. Sebuah gunung ialah satu realiti objektif. Kamu dapat lihatnya, kamu dapat sentuhnya, kamu dapat hidunya. Tetapi sebuah negara atau sebuah negeri. seperti Israel atau Iran atau France atau Germany, ini adalah salah satu cerita yang telah kita mencipta dan menjadi amat sayangkan.

Ini sama juga dengan bidang ekonomi. Pelakon paling penting dalam ekonomi global hari ini ialah syarikat-syarikat. Kebanyakan kamu hari ini, muungkin, kerja dengan sebuah syarikat, seperti Google atau Toyota atau McDonald's. Apakah benda-benda ini sebenarnya? Meraka apa yang peguam memanggilkan fiksyen undang-undang. Mereka adalah cerita yang dicipta dan dikekalkan oleh ahli-ahli sihir kita panggil peguam. (Ketawa) Dan apa yang syarikat-syarikat buat sepanjang hari? Kebanyakan masa, mereka cuba mencari wang. Namun, apa itu wang? Sekali lagi, wang bukan satu realiti objektif, ia tiada nilai objektif. Ambil kertas hijau ini, bil dolar. Lihatkan — ia tiada nilai. Kamu tak boleh makan ia, kamu tak boleh minum ia, Kamu tak boleh pakai ia. Tapi pencerita-pencerita hebat ini datang — pengurus-pengurus bank, menteri-menteri kewangan, perdana menteri — dan mereka menceritakan satu cerita yang amat menyakinkan: "Lihat, kau tengok kertas hijau ini? Ia sebernarnya bernilai 10 pisang." Dan sekiranya saya percayakan, dan kamu percayakan, dan semua orang percayakan, ia akan berkesan. Saya ambil kertas tak bernilai ini, pergi ke pasar raya, beri kepada seorang yang saya tidak kenali, yang saya tidak pernah bertemu, dan dapat, sebagai pertukaran, pisang yang saya boleh makan. Ini adalah sesuatu yang menakjubkan. Kamu tdak akan dapat buatkannya dengan cimpanzi. Sudah tentu cimpanzi berdagang: "Ya, jika kau bagi saya satu kelapa, saya akan bagi kau satu pisang" Ia akan berkesan. Tapi jika kamu bagi saya sekeping kertas tidak bernilai dan kamu mengharapkan saya bagi kamu satu pisang? Tidak! Apa yang kamu fikirkan saya, seorang manusia? (Keketawaan)

Wang, sebenarnya, ialah cerita yang paling berjaya yang pernah dicipta dan diceritakan oleh manusia, kerana ia adalah satu-satu cerita yang dipercayai oleh semua orang. Bukannya semua orang percayakan Tuhan, bukannya semua orang percayakan hak manusia, bukannya semua orang percayakan nasionalisme, tapi semua orang percayakan wang, dan bil dolar. Sebagai contoh, Osama bin Laden juga. Dia benci politik America dan agama America dan budaya America, tapi dia tidak bantah dolar America. Dia sebenarnya amat suka mereka. (Keketawaan)

Kesimpulannya: Kita, manusia, menguasai dunia ini kerana kita hidup dalam dua realiti. Semua binatang lain hidup dalam realiti objektif. Realiti mereka terdiri daripada entiti objektif, seperti sungai dan pokok dan singa dan gajah. Kita manusia, kita juga hidup dalam realiti objektif. Dalam dunia kita juga, ada sungai dan pokok dan singa dan gajah. Tapi sepanjang abad-abad, kita telah bina di atas realiti objektif ini satu lagi lapisan realiti fiksyen, satu realiti yang terdiri daripada entiti fiksyen, seperti negara, seperti tuhan-tuhan, seperti wang, seperti syarikat-syarikat. Dan apa yang menakjubkan ialah melalui sejarah ini, realiti fiksyen ini menjadi semakin kuat sehingga kini, kuasa terhebat di dunia ini adalah entiti-entiti fiksyen ini. Kini, kewujudan sungai dan pokok dan singa dan gajah bergantung atas keputusan dan kehendak entiti fiksyen, seperti United States, seperti Google, seperti World Bank — entiti yang hanya wujud dalam imaginasi kita.

Terima kasih. (Tepukan tangan)

Bruno Giussani: Yuval, kamu ada sebuah buku baru. Selepas Sapiens, kamu menulis satu lagi, dan ia diterbitkan dalam Hebrew, tapi belum diterjemahkan..

Yuval Noah Harari: Saya sedang menterjemahkannya sekarang.

BG: Dalam buku itu, jika saya faham dengan betul, Kamu berhujah penemuan menakjubkan yang kini kita dapat bukan saja dapat menjadikan hidup kita lebih baik, tapi akan mencipta—dan saya quote dari kamu— "...golongan baru dan perjuangan baru, seperti Revolusi Industri." Bolehkah kamu mengulas lagi?

YNH: Ya. Dalam Revolusi Industri, kita lihat penciptaan golongan baru iaitu proletariat bandar. Dan kebanyakan sejarah politik dan sosial 200 tahun lalu menglibatkan apa yang perlu dilakukan dengan golongan ini dan masalah dan peluang baru. Kini, kita lihat penciptaan golongan orang tak berguna yang besar. (Keketawaan) Komputer semakin baik dalam semakin banyak bidang, ada kemungkinan besar komputer akan mengatasi prestasi kita dalam kebanyakan kerja dan menjadikan manusia lewah. Soalan-soalan politik dan ekonomi yang penting dalam abad 21 akan jadi, "Mengapa kita perlukan manusia?" atau sekurangnya, "Mengapa kita perlukan begitu banyak manusia?"

BG: Adakah kamu ada jawapan dalam buku ini?

YNH: Pada masa ini, pilihan terbaik kita ialah menggembirakan mereka dengan dadah dan permainan komputer.. (Keketawaan) Tapi ini tidak seperti sesuatu masa depan yang menarik.

BG: Ok, jadi apa yang kamu cakap dalam buku ini dan di sini, ialah, buat semua perbincangan tentang eviden semakin banyak tentang ketidaksamaan ekonomi, kita sebenarnya hanya pada permulaan proses ini?

YNH: Sekali lagi, ia bukan satu ramalan; ia adalah melihatkan pelbagai kemungkinan di hadapan kita. Satu kemungkinan ialah penciptaan golongan orang tak berguna yang besar. Satu lagi kemungkinan ialah pembahagian manusia menjadi kasta biologi berbeza, orang kaya menjadi seperti tuhan, manakala orang miskin dijadikan orang tak berguna.

BG: Saya rasa ada lagi TED talk dalam masa satu atau dua tahun. Terima kasih, Yuval, kerana datang.

TNH: Terima kasih! (Tepukan tangan)