Talks | In less than 6 minutes

8 Rahsia Kejayaan Richard St. John

You either have JavaScript turned off or have an old version of the Adobe Flash Player. To view this video you need to get the latest Flash player. If you are on a mobile device, you may be able to download the video to play.
If your browser allows only "trusted sites" to execute Javascript, you should add the "googleapis.com" domain to your whitelist to allow our Flash detection to work properly.

Post to:
Favorite Download
Loading…
Order DVD

TED Conversations

Got an idea, question, or debate inspired by this talk? Start a TED Conversation, or join one of these:

More conversations about this talk »

Comment on this Talk

276 total comments

This comment will be attributed to . Not ? Sign out.

Characters remaining: 2000

progress indicator

This comment will be attributed to . Not ? Sign out.

Characters remaining: 2000

2,427,513 Views

Interactive Transcript

Loading...

Click on any phrase to play the video from that point.

Penyampaian sepanjang dua jam yang saya berikan kepada pelajar sekolah menengah, telah diringkaskan kepada tiga minit. Semuanya bermula dalam sebuah pesawat, semasa perjalanan ke TED, tujuh tahun yang lalu. Sebuah kerusi di sebelah saya telah diduduki oleh seorang pelajar sekolah menengah, seorang remaja, dan dia berasal daripada keluarga yang sangat miskin. Dia bertekad untuk mencapai sesuatu dalam hidupnya. Dia juga telah mengajukan satu soalan yang mudah kepada saya. Soalannya adalah "Apakah yang menjurus kepada kejayaan?" Saya rasa sangat bersalah, kerana saya tidak dapat memberikannya jawapan yang baik. Jadi saya turun dari pesawat, dan datang ke TED. Dan saya fikir, wah, saya berada dalam kalangan individu - individu yang berjaya! Mengapakah tidak saya bertanya kepada mereka tentang perkara - prekara yang membantu mereka untuk berjaya, dan beritahu kepada kanak-kanak? Jadi, di sini kita, tujuh tahun, 500 temu ramah kemudian, dan saya akan memberitahu anda tentang perkara yang membawa kepada kejayaan dan yang merangsang peminat TED. Perkara pertama ialah keghairahan. Freeman Thomas berkata, "Saya didorong oleh keghairahan saya." Peminat TED melakukannya kerana minat, bukan kerana wang. Carol Coletta berkata,"Saya akan bayar seseorang untuk membuat apa yang saya buat." Perkara yang menarik ialah, jika anda buat sesuatu dengan minat yang mendalam, wang akan diperolehi. Kerja! Rupert Murdoch beritahu saya, "Segala-galanya adalah usaha. Tiada yang diperolehi dengan mudah. Tetapi saya berasa seronok." Bukankah dia kata seronok? Rupert? Ya! Peminat TED memang seronok bekerja. Dan mereka bekerja keras. Saya mendapat tahu bahawa mereka bukan mabuk kerja. Mereka seronok bekerja. Bagus! Alex Garden berkata, "Untuk berjaya, lakukan sesuatu dengan tekun dan mahiri bidang itu." Tiada keajaiban, hanya latihan, latihan, latihan. Dan tumpuan. Norman Jewison memberitahu saya, "Saya fikir segala-galanya adalah berdasarkan tumpuan anda kepada sesuatu perkara" Dan usaha gigih! David Gallo berkata, "Dorong diri anda. Secara fizikal dan mental, anda perlu dorong, dorong, dorong." Anda perlu dorong diri melepasi perasaan segan dan sangsi diri. Goldie Hawn berkata, "Saya sering menyangsi diri. Saya tidak bagus, saya tidak bijak. Saya tidak fikir saya boleh berjaya." Bukannya mudah untuk menolak diri anda sendiri, dan sebab itu ibu-ibu diciptakan. (Ketawa) Frank Gehry -- Frank Gehry berkata kepada saya, "Ibu saya mendorong saya." Berkhidmat! Sherwin Nuland berkata, "Adalah satu keistimewaan untuk berkhidmat sebagai doktor." Kini, ramai kanak-kanak memberitahu saya bahawa mereka mahu menjadi jutawan. Dan perkara pertama yang saya beritahu mereka adalah, "OK, anda tidak boleh berkhidmat untuk diri anda sendiri, anda perlu berkhidmat kepada orang lain sesuatu yang bernilai. Sebab itulah caranya seseorang menjadi kaya." Idea-idea. Seorang peminat TED, Bill Gates berkata, "Saya mempunyai idea -- mengasaskan syarikat perisian komputer mikro yang pertama." Saya menyatakan bahawa itu satu idea yang baik. Tidak ada keajaiban terhadap kreativiti dalam mencipta idea-idea, itu hanya sekadar melakukan beberapa perkara yang mudah. Dan saya berikan banyak bukti. Usaha berterusan. Joe Kraus berkata, "Usaha berterusan adalah sebab nombor satu bagi kejayaan kami." Anda mesti berusaha berterusan sekalipun gagal. Anda mesti cekal melalui kesukaran! Sudah tentu kesukaran bermakna "Kritikan, Penolakan, Penghamunan dan Tekanan." (Ketawa) Jadi, jawapan kepada soalan ini adalah mudah: Bayar 4,000 dolar dan datang ke TED. Atau, lakukan lapan perkara itu -- dan percayalah, ini adalah lapan perkara utama yang membawa kepada kejayaan. Terima kasih peminat TED di atas semua temu ramah anda!

About The Speaker

A self-described average guy who found success doing what he loved, Richard St. John spent more than a decade researching the lessons of success -- and distilling them into 8 words, 3 minutes and one successful book.
Full bio and more links

About This Talk

Mengapakah seseorang itu berjaya? Adakah kerana dia pintar? Ataupun bertuah? Bukan kedua-duanya. Dalam penyampaian selama 3 minit hasil daripada temu ramah yang dilakukan sejak beberapa tahun, penganalisis Richard St. John mendedahkan rahsia - rahsia kejayaan.

Translated into Malay by Rudy Herman Sinen
Reviewed by AMBIKA SANGARAN
Comments? Please email the translators above.

More talks translated into Malay »

What to Watch Next

Play_iconKen Robinson says schools kill creativity

Ken Robinson says schools kill creativity

Play_iconGever Tulley 5 dangerous things you should let your kids do

Gever Tulley 5 dangerous things you should let your kids do

Play_iconBarry Schwartz on the paradox of choice

Barry Schwartz on the paradox of choice

Related Themes And Tags

Creative Commons

We want you to share our Talks!

Just follow the guidelines outlined under our Creative Commons license.