Hari ini saya ingin bercakap tentang wang dan kebahagiaan. Terdapat dua perkara yang sering bermain difikiran kita iaitu bagaimana mendapatkan wang atau menambahkannya. Ini yang lazimnya bermain di fikiran kebanyakan daripada kita. Kita sering terbaca di dalam buku-buku agama dan buku-buku bantu diri, wang tidak dapat membeli kebahagiaan. Saya ingin menyarankan di sini, itu sebenarnya, salah. (Gelak tawa) Saya mengajar di fakulti perniagaan, itu kerja kami. Hakikatnya, jika anda berfikiran sedemikian, anda sebenarnya tidak berbelanja dengan betul. Oleh itu, sekiranya anda mengubah cara berbelanja, dari yang biasa anda lakukan, mungkin anda akan mendapat hasil yang lebih baik. Sebelum saya memberitahu anda cara-caranya, mari fikirkan bagaimana ia biasa dilakukan. Pada hakikatnya, cara begitu tidak membuat kita lebih bahagia. Kami telah menjalankan satu eksperimen semulajadi. Satu ketika dahulu, CNN menyiarkan sebuah artikel yang menarik, tentang apa yang dilakukan oleh mereka yang memenangi loteri. Ramai yang beranggapan kehidupan mereka akan menjadi lebih hebat. Artikel ini menceritakan bagaimana kehidupan mereka musnah. Apa yang berlaku adalah, pertama, mereka membelanjakan kesemua wang tersebut dan kemudian, mula berhutang. Kedua, sahabat taulan dan sesiapa yang mereka kenali akan meminta wang daripadanya. Akibatnya, hubungan sosial mereka musnah. Mereka lebih banyak berhutang dan persahabatan menjadi semakin teruk, berbanding keadaan sebelum memenangi loteri. Apa yang menarik mengenai artikel ini adalah para pembaca mula membuat komen. Mereka tidak berbincang mengenai bagaimana mereka mula sedar bahawa wang tidak membawa kebahagiaan, sebaliknya mereka mula berangan-angan, dan berkata "Anda tahu, kalaulah saya memenangi loteri... ?" dan berkhayal tentang apa yang akan mereka lakukan. Dan terdapat dua di antara yang menarik untuk direnungi. Seorang pembaca menulis, "Jika saya menang, saya akan membeli sebuah gunung dan membina rumah di puncaknya." (Gelak tawa) Dan seorang lagi menulis,"Saya akan mengisi tab mandi dengan wang dan berendam di dalamnya sambil menghisap cerut dan menghirup segelas wain." Ini lebih teruk lagi: "Kemudian saya akan mengambil gambar dan mencetaknya sebanyak mungkin. Sesiapa yang meminta atau cuba memeras wang daripada saya, saya akan memberikan gambar itu sahaja." (Gelak tawa) Begitulah bunyinya kebanyakan dari komen-komen yang ada, di mana, pada hakikatnya, apabila seseorang itu mendapat wang mereka menjadi antisosial. Sudah saya katakan tadi, ia menyebabkan kehidupan mereka musnah dan sahabat-handai mengganggu mereka. Kerana wang, kita sering mementingkan diri sendiri dan melakukan sesuatu untuk diri kita sahaja. Mungkin wang tidak mendatangkan kebahagiaan kerana, lazimnya, kita membelanjakannya dengan cara yang salah. Kita selalu membelanjakannya pada diri kita sendiri. Dan kami tertanya-tanya apa akan berlaku jika kami meminta orang berbelanja untuk orang lain. Apa akan berlaku sekiranya kita tidak bersikap antisosial, sebaliknya bersikap prososial dengan wang kita? Dan kami berfikir, mari kita melakukannya dan lihat hasilnya. Jadi, kami minta sesetengah peserta berbuat seperti yang lazimnya mereka lakukan, iaitu berbelanja pada diri sendiri, dan meminta sesetengahnya pula berbelanja pada orang lain, dan melihat sama ada mereka lebih bahagia atau tidak. Cara pertama, kami ke kampus University of British Columbia, di Vancouver. Kami bertanya orang ramai, "Mahukah anda menyertai satu eksperimen?" Mereka menjawab, "Ya". Kami tanyakan tahap kebahagiaan mereka, dan kemudian memberikan satu sampul surat. Di dalamnya tertulis, "Sebelum pukul 5 petang ini, gunakan wang ini untuk diri anda." Kami berikan contoh bagaimana mereka boleh membelanjakannya. Kepada peserta lain pula, sekeping kertas yang bertulis, "Sebelum pukul 5 petang ini, belanjakan wang ini pada orang lain." Dan di dalamnya terdapat wang. Kami memanipulasikan jumlah wang yang diberi. Ada yang mendapat lima dolar. Ada yang mendapat 20 dolar. Kami membiarkan mereka melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Kami mendapati mereka membelanjakan wang tersebut seperti yang diminta. Pada waktu malamnya, kami menelefon mereka dan bertanya, "Bagaimana anda membelanjakan wang anda, dan sejauh mana anda merasa gembira, sekarang?" Apa yang mereka beli? Memandangkan mereka penuntut kolej, mereka banyak membeli aksesori dan barangan mekap untuk diri sendiri. Seorang wanita berkata dia membelikan mainan patung untuk anak saudaranya. Ada yang memberikan wang itu kepada gelandangan. Ini memberi kesan besar kepada "Starbucks". (Gelak tawa) Jika anda beri lima dolar kepada mahasiswa, mereka akan ke Starbucks dan menghabiskannya secepat mungkin. Tetapi ada yang membeli kopi, seperti biasa, untuk diri sendiri, ada juga yang membelinya untuk orang lain. Jadi, pembelian yang sama, tetapi sama ada, untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Apakah yang kami dapati apabila kami menelefon mereka dipenghujung hari? Mereka yang membelanjakan wang untuk orang lain berasa lebih gembira. Mereka yang menggunakan wang tersebut untuk diri sendiri, tiada apa-apa yang berlaku. Mereka tidak berasa kurang bahagia, tidak ada perbezaan buat mereka. Dan juga, kami dapati jumlah wang bukanlah ukurannya. Ramai yang menganggap 20 dolar adalah lebih baik daripada lima dolar. Hakikatnya, jumlah wang yang dibelanjakan bukan ukurannya. Yang penting, anda membelanjakannya untuk orang lain, selain diri sendiri. Perkara sedemikian berlaku setiap kali kami memberikan wang untuk dibelanjakan pada orang lain dan bukan pada diri mereka sendiri. Tetapi ini adalah mahasiswa di Kanada -- bukanlah sampel populasi yang paling sesuai. Mereka agak kaya dan mewah. Kami mahu lihat sama ada ianya sedemikian diseluruh dunia atau hanya di kalangan negara-negara kaya. Jadi kami ke Uganda dan menjalankan eksperimen yang sama. Bukan sahaja di Kanada, kami bertanya, "Bilakah kali terakhir anda membelanjakan wang untuk diri sendiri atau orang lain. Nyatakan sejauh mana anda merasa gembira?" Malah di Uganda, "Bilakah kali terakhir anda membelanjakan wang untuk diri sendiri atau orang lain dan jelaskannya." Dan kami bertanya sejauh mana mereka merasa gembira. Cuba bayangkan,apa yang kami dapati agak mengagumkan kerana wujudnya sifat manusia sejagat tentang apa yang kita lakukan dengan wang kita dan juga, pengaruh perbezaan budaya sebenar. Contohnya, seorang lelaki dari Uganda berkata, "Saya menelefon teman wanita yang ingin saya sayangi." Mereka kemudian keluar bersama, dan dia berkata, akhirnya dia masih tidak "mendapatnya" sehingga kini. Ini pula, seorang lelaki dari Kanada. Perkara yang sama. "Saya membawa teman wanita saya makan malam. Kami kemudiannya menonton wayang, kami keluar awal, dan pulang ke biliknya untuk..." hanya kek, hanya sepotong kek. Sifat manusia sejagat -- anda berbelanja pada orang lain, anda cuba berbaik-baik dengan mereka. Mungkin ada udang di sebalik batu, mungkin tidak. Tetapi kami nampak perbezaan yang amat ketara. Mari lihat mereka berdua, pula. Ini wanita daripada Kanada. Kami bertanya, "Nyatakan bila anda pernah membelanjakan wang untuk orang lain." Dia berkata, "Saya membelikan hadiah untuk ibu. Saya ke kedai, beli hadiah, dan berikan kepada ibu." Sesuatu yang sangat baik dilakukan. Memberi hadiah kepada orang yang kita kenal adalah sesuatu yang baik. Bandingkan pula, dengan wanita dari Uganda ini. "Saya sedang berjalan dan dan bertemu kawan lama. Anaknya diserang malaria. Mereka tiada wang, mereka ke sebuah klinik dan saya berikan wang ini." Ini bukan $10,000, cuma matawang tempatan. Jadi, jumlahnya amat kecil sekali. Tetapi perbezaan motivasi yang amat ketara. Ini keperluan perubatan, derma untuk menyelamatkan nyawa. Yang sebelumnya, hanyalah, saya membelikan hadiah untuk ibu. Kami dapat lihat, sekali lagi, cara bagaimana anda membelanjakan wang untuk orang lain, bukanlah fakta penting berbanding kenyataan yang anda membelanjakannya untuk orang lain, bagi anda merasa gembira, ini agak penting. Jadi anda tidak perlu melakukan sesuatu yang hebat dengan wang anda untuk merasa gembira. Anda cuma perlu melakukan sesuatu yang remeh, namun masih dapat merasainya. Ini hanya dua buah negara. Kami juga mahu meluaskan kajian di negara-negara lain, untuk melihat perhubungan di antara wang dan kebahagiaan. Kami telah mendapat data daripada Organisasi Gallup, dari pemilihan politik yang berlaku akhir-akhir ini. Mereka bertanya, "Adakah anda mendermakan wang kepada pertubuhan amal, baru-baru ini?" dan "Sejauh mana anda rasa bahagia?" Dan kita dapat lihat perhubungan di antara kedua-duanya. Adakah ianya berkaitan secara positif? Memberi wang membuatkan anda merasa gembira. Atau mempunyai hubungan negatif? Di atas peta ini, warna hijau bermakna ia mempunyai hubungan positif dan merah, sebaliknya. Dan anda dapat lihat, dunia kita dipenuhi warna hijau. Jadi, hampir di setiap negara di dunia, di mana kami memperolehi data ini, mereka yang mendermakan wang untuk pertubuhan amal, merasa lebih bahagia berbanding mereka yang tidak melakukannya. Saya tahu anda semua tertanya-tanya negara apakah yang berwarna merah di tengah-tengah itu. Saya seharusnya memberitahu anda. Ia sebenarnya adalah Republik Afrika Tengah. Anda boleh mereka pelbagai cerita. Mungkin keadaan di sana berbeza. Betul-betul di bawahnya adalah Rwanda, dipenuhi warna hijau. Hampir di kesemua tempat, kami dapati, mendermakan wang menyebabkan anda merasa lebih bahagia, jika dibandingkan dengan membelanjakannya untuk diri sendiri. Bagaimana pula dengan kehidupan bekerja anda, di mana kita menghabiskan masa sekiranya tidak bersama orang yang kita kenal. Kami mengambil keputusan untuk melakukan eksperimen, lalu, memasuki syarikat perniagaan. Ini adalah kumpulan pemasaran di Belgium. Mereka kerja berpasukan; keluar menjual ubat-ubatan kepada para doktor. Kita dapat lihat bagaimana cekapnya mereka melakukan kerja, berfungsi sebagai seorang daripada anggota pasukan. Kami memberikan wang kepada anggota satu pasukan dan berkata, "Belanjakan wang ini sesukanya, untuk diri sendiri." seperti yang kami lakukan ke atas mahasiswa di Kanada. Kepada kumpulan lain, pula, kami berkata, "Ambil 15 euro ini. Belanjakannya pada salah seorang rakan sepasukan anda minggu ini. Belikan dan beri mereka hadiah. Kita ada kumpulan yang membelanjakan wang untuk diri sendiri, dan juga pasukan yang pro-sosial, yang mana kami berikan wang supaya menjadikan kumpulan yang lebih baik. Terdapat patung pinata di situ adalah kerana salah satu kumpulan mengumpulkan wang mereka dan membeli patung tersebut. Mereka memukulnya sehingga bertaburan gula-gula. Sesuatu yang remeh, tetapi fikirkan perbezaannya dengan kumpulan yang tidak melakukannya, yang mendapat 15 euro, menyimpannya di dalam poket, mungkin membeli secawan kopi untuk diri sendiri, ataupun kumpulan yang mempunyai pengalaman prososial ini. Mereka membeli sesuatu dan melakukan aktiviti berkumpulan. Apa yang kami dapati adalah kumpulan yang prososial ini membuat lebih banyak jualan berbanding kumpulan yang mendapat wang diri sendiri. Dengan kata lain, setiap 15 euro yang diberikan untuk diri sendiri, mereka menyimpannya, dan tidak melakukan sesuatu yang berbeza daripada sebelumnya. Anda tidak mendapat sebarang hasil daripada itu. Sebenarnya, anda rugi kerana itu tidak mendorong mereka meningkatkan prestasi. Tetapi jika diberi untuk dibelanjakan dengan rakan sepasukan, mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik, dan dengan itu, anda mendapat pulangan yang lebih besar. Saya sedar, anda mungkin berfikir, ini semua betul, tetapi terdapat sesuatu yang penting dalam konteks polisi awam, dan saya rasa, di sini, itu tidak akan berjaya. Pada dasarnya, jika dia tidak dapat membuktikan kepada saya, ia boleh berjaya. Saya tidak akan percaya pada apa yang dikatakannya. Dan saya tahu, apa yang anda fikirkan adalah pasukan "dodgeball'. (Gelak tawa) Ini satu kritikan besar yang kami terima. Jika kami tidak dapat buktikan melalui pasukan "dodgeball", semua ini tidak boleh diterima. Jadi kami dapatkan pasukan-pasukan "dodgeball". Kami melakukan perkara yang sama. Sesetengah pasukan, kami berikan wang untuk dibelanjakan pada diri sendiri. Pasukan lain pula, kami berikan wang untuk dibelanjakan pada ahli pasukan mereka. Pasukan yang menggunakan wang untuk diri sendiri mendapat peratusan kemenangan yang sama seperti sebelumnya. Pasukan yang berbelanja sesama sendiri telah menjadi pasukan yang berbeza. Pada hakikatnya, mereka telah menguasai liga di pertandingan akhir. Dalam konteks yang berbeza-beza ini -- kehidupan peribadi anda, pekerjaan, termasuklah perkara-perkara remeh seperti sukan dalaman -- kami dapati, membelanjakannya pada orang lain memberi pulangan besar berbanding pada diri sendiri. Jadi, jika anda merasakan wang tidak boleh membeli kebahagiaan, sebenarnya, anda tidak membelanjakannya dengan betul. Implikasinya adalah anda tidak harus membeli produk ini dari itu, dan berharap ia akan membahagiakan anda. Sebenarnya, anda perlu berhenti memikirkan tentang produk apa yang perlu anda beli, sebaliknya, berikan sedikit kepada orang lain. Dan anda bernasib baik kerana terdapat satu peluang. DonorsChoose.org, organisasi tidak berasaskan keuntungan, dan sasaran mereka adalah guru-guru di sekolah awam berpendapatan rendah. Mereka poskan projek, kata mereka, "Saya mahu mengajar Huckleberry Finn, tetapi kami tidak mempunyai buku tersebut", atau "Saya mahu mengajar sains tetapi kami tidak mempunyai mikroskop." Anda dan saya boleh membelikan mereka barangan itu. Guru-guru dan murid-murid akan berterima kasih kepada anda. Kadangkala, mereka mengirim gambar mereka menggunakan mikroskop itu. Sesuatu yang sangat luar biasa. Pergi ke laman web itu dan mulakan proses berfikiran, "Jika saya mempunyai wang, apa harus saya lakukan untuk kebaikan orang lain? dan bukannya, "Apa yang harus saya beli untuk diri sendiri?" Kerana akhirnya, itu akan memberi lebih banyak keuntungan kepada anda. Terima kasih. Tepukan
You can share this video by copying this HTML to your clipboard and pasting into your blog or web page. This video will play with subtitles.
You either have JavaScript turned off or have an old version of the Adobe Flash Player. To view this rating widget you
need to get the latest Flash player.
If your browser allows only "trusted sites" to execute Javascript, you should add the "googleapis.com" domain to your whitelist to allow our Flash detection to work properly.
Got an idea, question, or debate inspired by this talk? Start a TED Conversation.
Semasa di TEDxCambridge, Michael Norton berkongsi penyelidikannya yang menakjubkan tentang bagaimana wang, sebenarnya, boleh membeli kebahagiaan -- apabila tidak dibelanjakan pada diri sendiri. Dengarkan data yang mengejutkan, bagaimana pelbagai cara berbelanja secara prososial dapat memberi kebaikan kepada anda, kerja anda dan (sudah tentu) kepada orang lain.
Through clever studies, Michael Norton studies how we feel about what we buy and spend. Full bio ยป
Translated into Malay by Murni Mat Nasri
Reviewed by Haslina Kamaruddin
Comments? Please email the translators above.
07:05 Posted: Apr 2011
Views 967,750 | Comments 210
14:33 Posted: Apr 2009
Views 439,198 | Comments 193
19:37 Posted: Sep 2011
Views 471,632 | Comments 125
Just follow the guidelines outlined under our Creative Commons license.
This comment will be attributed to . Not ? Sign Out.