Return to the talk Return to talk

Transcript

Select language

Translated by NG Pei Fang
Reviewed by Syarmine Shah

0:11 Ini sebuah "ambusikal". Ini cara terbaik untuk sampai ke tempat kecemasan. Terdapat peralatan yang lengkap, kecuali katil. Terdapat defibrilator dan peralatan lain. Kita telah melihat tragedi yang berlaku di Boston. Semasa saya melihat gambar-gambar ini, ia mengingatkan saya kepada masa lalu semasa saya masih kecil. Saya membesar di sebuah kejiranan kecil di Jerusalem. Semasa berusia 6 tahun, saya dalam perjalanan balik dari sekolah pada suatu Jumaat dengan abang saya. Kami melalui sebuah perhentian bas. Kami nampak sebuah bas meletup di depan kami. Bas itu terbakar dan ramai orang cedera dan terbunuh. Seorang pak cik menjerit dan meminta kami membantunya bangun. Seorang pak cik menjerit dan meminta kami membantunya bangun. Dia cuma perlukan seseorang untuk membantunya. Kami sangat takut dan lari dari situ. Setelah dewasa, saya mahu menjadi doktor dan selamatkan nyawa. Mungkin ia disebabkan apa yang saya lihat semasa kecil. Semasa berusia 15 tahun, saya ambil kursus Juruteknik Perubatan Kecemasan dan menjadi sukarelawan ambulans. Saya berkhidmat di Jerusalem selama 2 tahun. Saya telah membantu ramai orang. Tapi, apabila bantuan diperlukan, saya tidak pernah sempat sampai ke situ. Keadaan trafik adalah teruk. Jarak dan sebagainya. Kami tidak pernah sempat sampai apabila bantuan diperlukan. Pada suatu hari, kami terima panggilan bahawa seorang budak tercekik hot dog. Pada suatu hari, kami terima panggilan bahawa seorang budak tercekik hot dog. Keadaan trafik teruk. Kami datang dari kawasan lain di bahagian utara Jerusalem. Kami tiba, selepas 20 minit, dan mulakan CPR ke atas budak itu. Seorang doktor datang, satu blok dari situ. Dia hentikan kami, periksa budak itu dan suruh kami hentikan CPR. Budak itu telah mati. Pada ketika itu, saya sedar bahawa budak ini mati secara sia-sia. Jika doktor yang tinggal satu blok dari situ tiba 20 minit lebih awal, tidak perlu tunggu sehingga dia dengar siren ambulans, tidak perlu tunggu sehingga dia dengar siren ambulans, jika dia tahu tentang budak itu lebih awal, mungkin dia dapat selamatkannya. Mungkin dia boleh lari dari bloknya. Mungkin dia dapat selamatkannya. Saya beritahu diri sendiri, pasti ada cara yang lebih baik. Bersama-sama 15 orang kawan -- kami ialah Juruteknik Perubatan Kecemasan. Kami putuskan untuk melindungi kawasan kejiranan kami. Apabila sesuatu berlaku, kami akan tiba sebelum ambulans. Jadi, saya jumpa pengurus syarikat ambulans dan beritahu dia, "jika awak terima panggilan dari kawasan kejiranan saya, kami ada 15 orang yang sudi hentikan apa yang sedang dilakukan dan selamatkan nyawa. Hubungilah kami dengan alat bip. Kami akan beli alat bip. Hantarlah alat bip kepada kami. Kami akan selamatkan nyawa." Dia ketawa. Saya cuma berusia 17 tahun. Saya masih ingat, dia kata, "Pergi ke sekolah, atau buka gerai falafel. Kami tidak berminat dalam hal ini. Kami tidak berminat terhadap bantuan kamu." Dan dia halau saya. Dia kata, "Kami tidak perlukan bantuan kamu." Saya seorang remaja yang degil. Seperti yang anda lihat sekarang, saya berjalan seperti orang gila. (Gelak ketawa) (Tepukan) Jadi, saya putuskan untuk gunakan sesuatu yang terkenal di Israel: Keberanian. (Gelak ketawa) Pada keesokan hari, saya membeli alat pengimbas dan kata, "Jika awak enggan berikan maklumat, saya akan dapatkannya sendiri." Kami menggunakan alat pengimbas mengikut giliran. Pada keesokan hari, semasa menggunakan alat pengimbas, saya terdengar panggilan seorang lelaki berusia 70 tahun yang dilanggar kereta. Lokasinya satu blok dari saya, di jalan utama di kawasan saya. Saya lari ke situ. Saya tiada peralatan perubatan. Semasa saya tiba, lelaki itu terlantar di lantai, darah memancut dari lehernya. Semasa saya tiba, lelaki itu terlantar di lantai, darah memancut dari lehernya. Dia menggunakan ubat Coumadin. Jika saya tidak hentikan pendarahannya, dia akan mati. Saya tanggalkan kap Yarmulka saya dan gunakannya untuk hentikan pendarahannya. Darah memancut dari lehernya. Ambulans tiba 15 minit kemudian. Saya serahkan pesakit yang masih hidup kepada mereka. (Tepukan) Semasa saya melawatnya 2 hari kemudian, dia peluk saya dan menangis. Dia ucapkan terima kasih kerana saya selamatkan nyawanya. Pada saat itu, saya sedar bahawa dia orang pertama yang saya selamatkan setelah 2 tahun menjadi sukarelawan ambulans. Saya tahu, inilah misi hidup saya. Kini, 22 tahun kemudian, kami mempunyai "United Hatzalah". (Tepukan) "Hatzalah" bermakna "menyelamatkan". Saya lupa bahawa saya bukan berada di Israel. Kami mempunyai beribu-ribu orang sukarelawan yang mahu selamatkan nyawa. Mereka berada di sekitar. Apabila terdapat panggilan, mereka hentikan apa yang sedang dilakukan dan keluar selamatkan nyawa. Kini, purata masa respons kami kurang daripada 3 minit di Israel. (Tepukan) Saya bercakap tentang serangan sakit jantung, kemalangan kereta, serangan bom, tembakan, dan apa-apa saja, bahkan pada pukul 3 pagi jika seorang perempuan terjatuh di rumah dan perlukan bantuan. Dalam 3 minit, seorang lelaki dalam pakaian tidur akan lari ke rumahnya dan bantunya. Kami sangat berjaya kerana 3 perkara. Pertama, beribu-ribu orang sukarelawan akan hentikan apa yang sedang dilakukan dan bantu orang yang tidak dikenali. Kami bukan pengganti ambulans. Kami cuma berada di situ dan membantu sebelum ambulans sampai. Kami selamatkan orang yang mungkin tidak sempat diselamatkan. Kedua, teknologi kami. Orang Israel pandai menggunakan teknologi. Setiap orang mempunyai sebuah telefon, sebuah teknologi GPS yang dicipta NowForce. Apabila terdapatnya panggilan, 5 orang sukarelawan yang terhampir akan dihubungi. Mereka pergi ke situ dengan cepat. Pemandu arah membantu mereka sampai ke situ tanpa membuang masa. Teknologi ini digunakan di seluruh negara. Ia mengurangkan masa respons. Ketiga, "ambusikal". "Ambusikal" ialah ambulans yang beroda dua. Kami tidak pindahkan orang; kami stabilkan mereka dan selamatkan nyawa mereka. "Ambusikal" tidak akan tersekat dalam trafik. Ia boleh gunakan laluan jalan kaki. Ia tidak akan tersekat dalam trafik. Sebab itu, kami tiba dengan cepat. Beberapa tahun selepas saya mulakan organisasi ini, dalam komuniti Yahudi, 2 Muslim dari timur Jerusalem hubungi saya. Mereka mahu berjumpa dengan saya. Muhammad Asli dan Murad Alyan. Muhammad beritahu saya kisahnya. Ayahnya yang berusia 55 tahun pengsan di rumah kerana kardium terhenti. Ambulans mengambil masa satu jam untuk tiba. Ayahnya mati di hadapannya. Dia minta saya mulakannya di timur Jerusalem. Saya telah melihat banyak tragedi dan kebencian. Ini bukan tentang selamatkan orang Yahudi, Muslim dan Kristian. Ini tentang selamatkan nyawa manusia. Jadi, saya pergi ke situ, bersemangat tinggi. (Tepukan) Saya mulakan United Hatzalah di timur Jerusalem. Sebab itu, nama "United" dan "Hatzalah" begitu sepadan. Sebab itu, nama "United" dan "Hatzalah" begitu sepadan. Kami bekerjasama selamatkan orang Yahudi dan Arab. Orang Arab selamatkan orang Yahudi dan sebaliknya. Sesuatu yang istimewa berlaku. Orang Arab dan orang Yahudi tidak selalu bergaul dengan baik. Tapi, dalam komuniti-komuniti ini, situasi yang menakjubkan berlaku. Secara tiba-tiba, mereka mempunyai kepentingan yang sama: Selamatkan nyawa bersama. Peneroka selamatkan orang Arab dan sebaliknya. Perkara yang menakjubkan ini berlaku apabila terdapatnya tujuan yang baik. Semua orang ini ialah sukarelawan. Tiada orang yang mendapat wang. Mereka melakukannya demi selamatkan nyawa. Beberapa tahun lalu, setelah ayah saya pengsan kerana kardium terhenti, salah seorang sukarelawan yang tiba untuk selamatkannya ialah seorang sukarelawan Muslim dari timur Jerusalem yang menyertai Hatzalah. ialah seorang sukarelawan Muslim dari timur Jerusalem yang menyertai Hatzalah. Dia telah selamatkan ayah saya. Boleh anda bayangkan perasaan saya pada saat itu? Semasa mulakan organisasi ini, saya berusia 17 tahun. Saya tidak pernah terfikir saya akan berceramah di TEDMED, bahkan saya tidak tahu apa itu TEDMED. Saya tidak tahu ia wujud. Saya tidak pernah terfikir bahawa United Hatzalah akan tersebar luas. Pada tahun lepas, kami mulakannya di Panama dan Brazil. Saya perlukan orang yang berani, mahu selamatkan nyawa dan sudi lakukannya. Saya akan mulakannya di India bersama seorang kawan yang saya temui di Harvard. United Hatzalah dimulakan di Brooklyn oleh seorang Yahudi Hasidic di Williamsburg sebelum kami mulakannya. Kini, ia didapati di sekitar komuniti Yahudi di New York, Australia, Mexico dan banyak lagi komuniti Yahudi yang lain. Tapi, ia boleh tersebar ke semua tempat. Agak mudah untuk lakukannya. Anda telah lihat sukarelawan ini di New York selamatkan nyawa di Pusat Perdagangan Dunia. Pada tahun lepas, kami merawat 207,000 orang di Israel. 42,000 kes melibatkan situasi yang mengancam nyawa. Kami telah melakukan perubahan. Rasanya, anda boleh panggilnya aktiviti "flash mob" selamatkan nyawa. Ia berjaya. Apabila saya melihat di sekitar saya, saya nampak ramai orang yang sudi selamatkan orang lain, tidak kira siapa mereka, apa agama mereka, dari mana mereka datang. Kita semua mahu menjadi wira. Kita hanya perlukan idea yang baik, motivasi dan keberanian. Kita mampu selamatkan berjuta-juta orang yang mungkin tidak sempat diselamatkan. Terima kasih. (Tepukan)